厙ぴ勛圖

Menu

Wananga landing Wananga landing
Student story

Maryam Binti Zainuddin

29 January 2024

Bachelor of Commerce in Accounting, with a minor in Finance

HOW TO APPLY

Kenapa anda memilih untuk datang ke UC?

UC merupanya satu-satunya universiti di New 厙ぴ勛圖yang menawarkan CA Pathway untuk melengkapkan peperiksaan profesional yang saya ingin ambil. Disebabkan kampusnya berpusat, saya berasa lebih selamat dan seperti mendapatkan pengalaman universiti yang lebih sebenar. Saya juga pernah mendengar daripada senior dan alumni yang memberitahu saya bahawa untuk mendapatkan pengalaman sebenar New Zealand, anda perlu pergi ke UC.

Apakah yang menjadikan pendidikan di UC menonjol?

UC berpegang kepada konsep pembelajaran di luar kelas, dan ini didukung oleh acara seperti ceramah tentang dunia profesional, dan banyak peluang internship. Saya disajikan dengan pelbagai peluang untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas, ke dalam dunia nyata. Bukan itu sahaja, saya juga merupakan salah satu ahli kelab 180 Degrees Consulting dimana kami berjumpa dengan klien dan mentor dari industri profesional. Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk mempersiapkan saya menempuh alam pekerjaan. Kerana saiz bandarnya yang lebih kecil, Christchurch menjadi tempat yang ideal untuk membuat connections yang kuat dan mudah.

Bagaimanakah sokongan untuk pelajar antarabangsa di UC Business School?

UC Business School Internationalisation Team sering menganjurkan acara untuk kami berkenalan dengan pelajar dari negara lain. Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengadakan sesi catch up untuk lebih mengetahui keadaan kami. Niat mereka adalah untuk membantu pelajar internasional mencapai cita-cita mereka. Contohnya, mereka akan membantu saya mengatur jadual semester dengan memberitahu mata pelajaran mana yang sesuai dan mana yang tersedia pada semester itu.

Apakah yang paling anda sukai tentang kehidupan di UC?

Kebolehan untuk mengamalkan work-life balance telah memberikan saya pengalaman yang saya impikan, iaitu untuk belajar dalan suasana dimana saya tidak berasa tertekan tetapi tetap mampu maju kehadapan. Saya mendapat banyak peluang untuk terlibat dalam komuniti melalui kelab. Ia membolehkan saya membuat hubungan profesional sambil menyumbang kepada komuniti.

Bagaimanakah kehidupan di Christchurch menurut anda?

Ia sangat damai. Saya berasal dari bandar besar, jadi pergerakan kehidupan yang lebih perlahan sangat menyegarkan. Tinggal di sini telah membantu saya menyedari anda masih boleh maju dan berkembang dalam persekitaran yang lebih tenang. Bandar ini juga dikelilingi oleh alam semula jadi, jadi saya dapat menghabiskan hujung minggu dengan berkelah dengan rakan-rakan atau berkayak di tasik.

Adakah anda terlibat dalam kelab di UC?

Saya merupakan ahli 180 Degrees Consulting, di mana kami bekerjasama dengan organisasi kebajikan untuk membantu mereka menyelesaikan isu yang dihadapi. Kami bermesyuarat dengan klien dan mentor daripada industri profesional. Saya telah dapat bertemu dengan orang yang luar biasa; mereka sangat membantu dan baik. Pasukan saya membantu saya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza kerana kita semua datang dari latar belakang yang berbeza. Ia satu pengalaman yang menakjubkan dan persediaan yang hebat untuk kerjaya masa depan saya.

Dari perspektif pembangunan kerjaya, mengapakah Christchurch tempat yang baik untuk belajar?

Terdapat banyak peluang internship di sini. Di bandar yang lebih besar, anda bekerja dalam pasukan yang lebih besar, jadi anda tidak akan membuat hubungan yang kukuh seperti yang anda dapat di bandar yang lebih kecil. Di sini, anda akan mengenal semua rakan kerja.. Sebagai orang yang sangat mementingkan hubungan dengan orang lain, Christchurch adalah tempat untuk itu. Dan bandar ini sangat terlibat dengan komuniti, jadi ia memberikan anda rasa semangat kekitaan.

Apakah faedah yang diberikan oleh kerja sambilan anda?

Bekerja sambil belajar membantu meningkatkan keyakinan saya dan kemahiran komunikasi saya. Melalui kerja, saya boleh mempraktikkan pemahaman bahasa Inggeris saya dengan berkomunikasi dengan orang ramai. Bekerja merentas jenama yang berbeza dalam pekerjaan saya sebagai pembantu jualan telah membolehkan saya mengetahui lebih lanjut tentang pemasaran dan cara menjual produk. Ia adalah skill yang hebat untuk dimasukkan ke dalam CV.

Apakah anda akan recommend UC kepada pelajar antarabangsa yang lain?

Semestinya! UC mempunyai kelab-kelab yang aktif, jadi kita boleh pilih bagaimana kita mahu mengisi masa kita. Christchurch dan New 厙ぴ勛圖adalah tempat yang sangat aman dan tenang, menjadikan pengalaman di UC menyenangkan. Anda boleh seronok belajar sambal berjalan di New Zealand. Dengan kos sara hidup yang lebih berkualiti di Christchurch, anda boleh mencari rumah yang mampu milik dan selesa.


Privacy Preferences

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyse site usage, and assist in our marketing efforts.